Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

~Chatting On9 ANSARA PC 0607~

Tuesday, March 31, 2009

Aku Ambo Saya Kawe Ana I

Assalamualaikum w.b.t.. ap khabar korang smua. hari ni dah masuk 31 march.. rase macam sekejap je masa berlalu.. pejam, celik, pejam, celik, dah dekat 6 bulan aku kat bumi mesir ni. lagi 4 bulan nak cuti akhir tahun satu.. hehe. tak sabar rasenye nak g melancong ke mAlaysia.. hek2. lepak2 dua bulan kat saner best jugak kan.. huhu..

Masa g jalan2 utk ziarah blog sahabat2 tadi, terdengar nasyid Merah Saga, kumpulan Shoutul Harakah. Dah ade dlm laptop lagu nih.. tp jarang pasang.. hek2.. skrg ni dah jarang bukak laptop.

smbil2 baca ape yang aku nak mgarut ni, bleh layan nasyid ni skali.. tekan butang play kat bawah.. ade video klip pasal palestine jgak..



Kalo nak nyanyi skali pun boleh.. ade lirik dye kat video klip tu.. bawah ni plak yg aku copy dari liriknasyid.com
==============================
Merah Saga
Album : Tak Kenal Henti
Munsyid : Shoutul Harokah
http://liriknasyid.com


Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir

Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu

Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah ditanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad palestina

Perjuangan telah kau bayar
Dengan jiwa, syahid dalam cinta-NYA

==============================
dalam videoklip kat atas, korang ade dengaq @ baca tak kata2 nih?

"It's death whether by killing or by cancer; it's the same thing. Nothing will change if it's an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache."
"Jika saya diberikan peluang untuk memilih samada ingin mati kerana sakit jantung ataupun kerana (ditembak oleh) Helikopter Apatchie, saya memilih helikopter Apache"


korang kenal tak sape yang mngeluarkan kata2 kat atas?

Dr. Abdel Aziz Rantisi bersama Sheikh Ahmad Yasin

Ctrl + click utk melihat full size

Beliau adalah Dr. Abdul Aziz Rantisi. Lahir pada 23 Oktober 1947(kalo xsilap aku) Pernah belajar di fakulti Perubatan Universiti Alexandria. Menyertai pergerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Bersama-sama As-Syahid Sheikh Ahmed Yassin mengasaskan Hamas. Mempertahankan hak-hak rakyat Palestin dari mangsa kekejaman Israel. Dilantik sebagai pemimpin Hamas selepas Sheikh Ahmad Yasin syahid. Hafiz Al-Quran 30 juzuk. Syahid pada 17 April 2004. Tentera israel yang menggunakan Helikopter Apache untuk menyerang beliau. Kereta yang dinaikinya ditembak dengan menggunakan missile helikopter tersebut. Turut syahid bersama beliau adalah seorang pembantunya dan anak lelakinya.. cerita lebih lanjut, boleh search kat internet.. wallahualam..

“Saya ingin katakan kepada anda agar anda sentiasa bertenang, seandainya Rantisi, Az Zahhar, Haneya, Nazzar Rayyan, Said Sayyam, dan semuanya pergi gugur syahid, demi Allah kami akan bertambah gemilang dan semakin mencintai jalan ini. Tangan-tangan kita yang menggenggam senapang di dunia Insyallah, ruh-ruh kita akan berpelukan di sisi Allah. Kerananya, silakan Ariel Sharon dan kaum konspirator memetik harapannya di sini, tetapi kami akan tetap meneruskan perjuangan ini. Jalan kami memang sukar. Namun, inilah satu-satunya jalan yang membawa kami kepada cita-cita kami.”



================================

hrm.. td, g friendster along.. ade gambar udin mase raye hari tu.. hihi..

...selamat hari raye.. yim! bila nak balik?...

ni adik bongsu aku.. inshaAllah sampai bulan lima ni je die jadi adik bongsu.. hek2. sbb ape? sbb nanti aku dapat adik baru.. yeay2.. nama budak dalam gambar ni Faqihuddin Faruqi, adik kepada Faqiha Faruqi.. umur dye baru enam tahun, sekolah kat Tadika Bestari.. Minat cerita Sin Chan, perangai pun dah jadi cam Sin Chan.. Pengaruh rakan sebaya nih.. huk2.. dye paling takut nak g dekat dengan bdak pompuan.. sbb risau orang cakap tu awek dye.. hek2.. budak chumel ni jgak rakut tengok citer seram.. sape2 berkenan nak jadi calon isteri dye, bleh call aku.. calon isteri untuk budak ni k.. bukan calon isteri untuk aku.. hek2
Hrm.. tak sabar nak g Malaysia.. hek2.. boleh jumpa udin dan adik baru.. huhu..

kenapa post ni tajuknya "Aku"? sbb dah taktau nak letak tajuk aper.. hak2

hrmm.. malas nak bwt bayak2 post, so aku gabungkan smua skali.. hek2

**************************

artikel pasal Aril fool ni dipetik dari saifulislam.com.. selamat membaca!

April Fool: Antara Barat dan Keparat

....Kelemahan jati diri bangsa kita yang mengkeparatkan diri untuk kelihatan Barat, menyebabkan saya hilang upaya untuk mengulas tentang budaya April Fool. Tidak perlulah dibahas-bahaskan sangat latar belakang sejarahnya, mana yang betul, mana yang salah. Huraian tentang sejarah April Fool itu sendiri pun banyak yang fool...
..teruskan pembacaan?..sila klik link..
http://saifulislam.com/?p=1675

No comments: