Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

~Chatting On9 ANSARA PC 0607~

Tuesday, March 31, 2009

Aku Ambo Saya Kawe Ana I

Assalamualaikum w.b.t.. ap khabar korang smua. hari ni dah masuk 31 march.. rase macam sekejap je masa berlalu.. pejam, celik, pejam, celik, dah dekat 6 bulan aku kat bumi mesir ni. lagi 4 bulan nak cuti akhir tahun satu.. hehe. tak sabar rasenye nak g melancong ke mAlaysia.. hek2. lepak2 dua bulan kat saner best jugak kan.. huhu..

Masa g jalan2 utk ziarah blog sahabat2 tadi, terdengar nasyid Merah Saga, kumpulan Shoutul Harakah. Dah ade dlm laptop lagu nih.. tp jarang pasang.. hek2.. skrg ni dah jarang bukak laptop.

smbil2 baca ape yang aku nak mgarut ni, bleh layan nasyid ni skali.. tekan butang play kat bawah.. ade video klip pasal palestine jgak..



Kalo nak nyanyi skali pun boleh.. ade lirik dye kat video klip tu.. bawah ni plak yg aku copy dari liriknasyid.com
==============================
Merah Saga
Album : Tak Kenal Henti
Munsyid : Shoutul Harokah
http://liriknasyid.com


Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir

Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu

Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah ditanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad palestina

Perjuangan telah kau bayar
Dengan jiwa, syahid dalam cinta-NYA

==============================
dalam videoklip kat atas, korang ade dengaq @ baca tak kata2 nih?

"It's death whether by killing or by cancer; it's the same thing. Nothing will change if it's an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache."
"Jika saya diberikan peluang untuk memilih samada ingin mati kerana sakit jantung ataupun kerana (ditembak oleh) Helikopter Apatchie, saya memilih helikopter Apache"


korang kenal tak sape yang mngeluarkan kata2 kat atas?

Dr. Abdel Aziz Rantisi bersama Sheikh Ahmad Yasin

Ctrl + click utk melihat full size

Beliau adalah Dr. Abdul Aziz Rantisi. Lahir pada 23 Oktober 1947(kalo xsilap aku) Pernah belajar di fakulti Perubatan Universiti Alexandria. Menyertai pergerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Bersama-sama As-Syahid Sheikh Ahmed Yassin mengasaskan Hamas. Mempertahankan hak-hak rakyat Palestin dari mangsa kekejaman Israel. Dilantik sebagai pemimpin Hamas selepas Sheikh Ahmad Yasin syahid. Hafiz Al-Quran 30 juzuk. Syahid pada 17 April 2004. Tentera israel yang menggunakan Helikopter Apache untuk menyerang beliau. Kereta yang dinaikinya ditembak dengan menggunakan missile helikopter tersebut. Turut syahid bersama beliau adalah seorang pembantunya dan anak lelakinya.. cerita lebih lanjut, boleh search kat internet.. wallahualam..

“Saya ingin katakan kepada anda agar anda sentiasa bertenang, seandainya Rantisi, Az Zahhar, Haneya, Nazzar Rayyan, Said Sayyam, dan semuanya pergi gugur syahid, demi Allah kami akan bertambah gemilang dan semakin mencintai jalan ini. Tangan-tangan kita yang menggenggam senapang di dunia Insyallah, ruh-ruh kita akan berpelukan di sisi Allah. Kerananya, silakan Ariel Sharon dan kaum konspirator memetik harapannya di sini, tetapi kami akan tetap meneruskan perjuangan ini. Jalan kami memang sukar. Namun, inilah satu-satunya jalan yang membawa kami kepada cita-cita kami.”



================================

hrm.. td, g friendster along.. ade gambar udin mase raye hari tu.. hihi..

...selamat hari raye.. yim! bila nak balik?...

ni adik bongsu aku.. inshaAllah sampai bulan lima ni je die jadi adik bongsu.. hek2. sbb ape? sbb nanti aku dapat adik baru.. yeay2.. nama budak dalam gambar ni Faqihuddin Faruqi, adik kepada Faqiha Faruqi.. umur dye baru enam tahun, sekolah kat Tadika Bestari.. Minat cerita Sin Chan, perangai pun dah jadi cam Sin Chan.. Pengaruh rakan sebaya nih.. huk2.. dye paling takut nak g dekat dengan bdak pompuan.. sbb risau orang cakap tu awek dye.. hek2.. budak chumel ni jgak rakut tengok citer seram.. sape2 berkenan nak jadi calon isteri dye, bleh call aku.. calon isteri untuk budak ni k.. bukan calon isteri untuk aku.. hek2
Hrm.. tak sabar nak g Malaysia.. hek2.. boleh jumpa udin dan adik baru.. huhu..

kenapa post ni tajuknya "Aku"? sbb dah taktau nak letak tajuk aper.. hak2

hrmm.. malas nak bwt bayak2 post, so aku gabungkan smua skali.. hek2

**************************

artikel pasal Aril fool ni dipetik dari saifulislam.com.. selamat membaca!

April Fool: Antara Barat dan Keparat

....Kelemahan jati diri bangsa kita yang mengkeparatkan diri untuk kelihatan Barat, menyebabkan saya hilang upaya untuk mengulas tentang budaya April Fool. Tidak perlulah dibahas-bahaskan sangat latar belakang sejarahnya, mana yang betul, mana yang salah. Huraian tentang sejarah April Fool itu sendiri pun banyak yang fool...
..teruskan pembacaan?..sila klik link..
http://saifulislam.com/?p=1675

Thursday, March 19, 2009

citer di mansourah plak.. =)

salam a'laik bt teman2yer.. smg sihat jasad n iman utk bribadat kpdNya..

kt atas sana, yim da post sal kt alex, so ana nk citer la cket sal kitaorg kt mansourah nie.. kat cnie ada apa yer???hmmm... mula2 utk 'session' kali nie, ana nk citer sal blajar la dlu k.. almaklum lah tujuan utama kita @ kami nie brada di buma Anbia nie utk tuntut ilmu.. nmpak x gambar bawah nie. hahaha. nie gambar yg kitaorg amik during lecture anat.. sowie la cket, terbalik plak.. hehehe..




kehy2, gnie, kami kt cnie ada 4 main subject.. anat, physio, histo n biochem.. but still ada jer subject2 laen 4 exmple, microbe n so on.. kalu kt alex diorg focus on many subject.. tp kt cnie kitaog maen blajar jer.. hehehe.. jgn tekejut tau.. bukn maen jer.. kitaorg blajar by case.. 4 exmpl la kan, this week ana blajar pasal sorang patient nie yg ada penyakit HIV.. HIV nie affect immune system... jadi dr penyakit nie, ana akan blajar anatomy of immune system' organ, histo of immune system, drugs yg related ngan immune, physio yg kait ngan immune system n so on. besides, kitaorg ada PBL (problem based learning session) ... dlm PBL nie kitaorg dibahagi ikt group gtu... dlm group ada lbh kurang 10- 12 org.. n dalam group ni ada tutor (doktor2 @ lecturer).. mereka2 nie akan support @ tolong kitaorg lar dlm memahami case nie.. hahaha.. gtulah lbh kurang.. hehehe

then ada lagi 1 beza kami kt cnie ngan kome2 yg brada d alex.. hehehe.. bezanya adlh mlalui exam... kitaorg kt cnie x exam by subjects mcm kt alex.. kitaorg cumer ada 4 exam jer.. exam MCQ ( soklan ABC), exam OSCE ( soklan practical), exam essay & x lupa subject tercenta sejak kecik, ENGLISH!!!.. hehehe... tp exam nie lagi tough lar kowt dr alex.. sbb semua subject akn kuar dalm 1 paper!! kalu kt alex, mereka perlu ready ikut subject.. jadi lagi focus lar.. kitaorang nie.. aisyy, byk simpang.. tp peritnyer sekejap jer la kalu nk banding ngn bdk alex... sbb diorg exm lama..


hehehe.. tu jer kowt nk coret.. sbb skrg tgh tension sket... so nak smbung balik lah study...
seputih hati sebersih nurani
ku susun jari menyuci diri
semoga ikatan terus bersemi
salam ukhuwah tulus dr hati

bye2 sumer.. uhibbukum fillah..

ma'assalamah..

Assalamualaikum..

Saturday, March 14, 2009

cerita budak medix egypt..


Assalamualaikum w.b.t.. pekaba kowrang smua.. hek2.. minggu lepas baru lpas exam final sem1.. haha.. skrg dah start sem 2.. huh.. mmg tough subjek medik nih.. utk sem 2 nih, kami kat alex dibebankan dengan 2 lagi subjek, pathology dan microbiology.. hek2.. so kalo ditambah, tujuh + dua = sembilan.. keh2.. macam subjek spm r plak...

oleh sbb hri ni baru hari first aku stat sem 2, so ade mase jgak r nak update blog mrsmpc 0607 nih.. oleh sbb tak tau nak tulis pasai ape, so aku nak cerita sket ttg pelajar2 yg dtg belajar ke mesir..

kalo korang smua nak tahu, smua pelajar yg dtg ke mesir akan berdaftar dengan rumah negri (anak negeri).. persatuan nih di panggil dengan nama Badan Kebajikan Anak Negeri atau singkatannya BKAN(baca; bakan).. stiap negeri di Malaysia ade bakannya sendiri di Mesir.. kalo terengganu, dipanggil KPT, Keluarga Pelajar Terengganu, klantan plak terkenal dengan nama KPKM... so, sbg anak jati kelantan, akoo berdaftar dengan BKAN Keluarga Pelajar Kelantan Mesir (KPKM).. logo ni merupakan logo terbaru kpkm yg dipilih pada tahun lepas.. lawa kan..

kalo korang tengok, logo ni hampir sama dengan logo PMRAM.. aper plak pmram nih.. PMRAM(baca; pemeram), merupakan akronim kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.. Pmram merupakan penaung kepada semua BKAN di mesir.. pmram adalah satu pertubuhan yang berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir, kalo x silap aku la..

negara mesir ni sbnarnya masih dlm keadaan darurat.. so, kami tidak dibenarkan berkumpul lebih daripada 5 orang (tanpa tujuan).. kalo menimbulkan kecurigaan, boleh ditangkap oleh pihak polis.. haha.. pastu masuk penjara bawah tanah.. kat cni, mane2 pom korang bleh jmpa polis.. kat depan asrama MARA ni pun ade polis jage.. hik2.. sbnarnya bukan jage asrama, jage bank depan asrama.. haha..

korang mesti tahu berita pasal letupan bom di kaherah baru2 ni kan?.. kalo tak silap aku dalam bulan februari.. satu dekat dengan masjid saiyidina Hussin, dan satu lagi dekat dengan stesen ketapi Ramsis.. hek2.. menurut laporan, bom itu ditujukan kepada pelacong2 asing.. so, pelajar2 mesir dilarang sma skli utk mendekati pelancong, dibimbangi kejadian yang sama berulang..

kat mesir ni, just ade dua musim yang nyata.. hek2 mcam blajar geografi la pulak... musim itu adalah musim panas n musim sejuk.. dua musim lagi, iaitu musim luruh dan musim bunga dikenali sebagai musim yg tidak nyata.. walaupun ade musim sejuk yang nyata, tapi kat mesir takde salji macam kat negara2 yang ade musim sejuk yg laen.. cuma satu tempat je ade salji, kat mane tu? tmpt tu adalah puncak Sinai.. kawasan ni dekat dengan sempadan israel.. kalo nak pegi, kena ade pasport.. so akoo tak dapat pegi mase cuti hari tu sbb passport aku ade kat university lagi (urusan visa pelajar..hek2 lambat btol diorang ni bwt keje)..

aku rase dah lari tajuk nih.. takpe2.. teruskan menulis.. kat mesir ni, mmg kena banyak berssabar.. memang betul2 menguji kesabaran.. haha.. knape? meh aku citer.. pengurusan di mesir ni lembab sket.. dah la waktu keje singkat.. korang nak tau bank diorang tutup pukul bape? haha.. pukul dua petang.. mmg stress.. mase mula2 sampai dulu, kami kena buka account kat bank cni.. MARA suh kami buka akaun di bank ABC.. So, kami dengan bangganya pegi la bank tu.. haha.. senior2 da gtau kami, bank ABC ni terima 20 org je satu hari utk buka akaun.. haha.. lawak btul bank nih.. dahtu, kami g r bwt akaun.. dah settle, kami blah.. Alahamdulillah kami g buat awal.. haha.. bdak2 laen kena pegi dua tiga kali utk settle kan pasal akaun bank.. hik2.. korang tau knape? diorang dah bwt kuota baru, lapan orang je boleh bkk akaun satu hari.. punya la malas kerani bank tu.. harap muka je lawa.. tapi malas...

pastu aku nak criter pasal taxi plak.. kalo nek taxi kat alexandria ni, mmg diorang ketuk harga mahal gila babeng.. haha.. payah nak jumpa taxi yg belh bagi tambang murah.. naik taxi dari tmpt aku tinggal ke university, dye caj dua pound egypt.. padahal kalo jalan kaki, dalm 13 minit je.. haha.. tapi aku naik taxi jgak kalo dah lambat.. kalo nak g carefour plak, kene 10 pound.. mahal giler.. padahal kat org mesir, dye caj 2-3 pound je.. ade skali kawan aku gaduh ngan pak arab.. sbb dye bagi 4 pound je kat arab tu mase g carefour.. haha.. aku pun penah maki arab pemandu taxi ni.. jahat tak aku... hhaha. sape suh tipu orang.. kalo kat mansoura plak, harga tambang taxi dye fixed.. dua pound je g mane2 pom dlm kawasan mansoura.. tapi yang tak bestnyer, payah nak dapat taxi.. diorang ni malas nak ambik org malaysia.. hek2.. ni gambar taxi alex.. kaler hitam kuning taik kucing.. kalo taxi cairo, kaler hitam putih taik cicak... macam dalam gambar kat sebelah kanan ni.. ni gambar kat jalan depan masjid al-azhar.. on the way nak ke masjid hussin.. banyak gler taxi kan.. kalo taxi mansoura, kaler putih maroon... taxi damanhour plak, kaler hijau putih bendera pas.. hek2.. dumiyat, zagaziz, tanta aku tak sempat pegi melawat lagi.. so taktau teksi diowg kaler aper.. hek2..

Antara pengankutan utama aku kat alex ni adalah tram.. tram ni macam ketapi local r kalo kat malaysia.. ade kaler biru putih bendera PKR dan kaler kuning taik unta kena diarrhea.. tambang menatang nih pulak murah nak mampus.. hanya 25 sen sahaja.. kalo convert ke duit malaysia, tak sampai 20 sen.. murah kan?.. tapi kelemahan kenderaan darat ni adlah pergerakannya mengalahkan kura2 kat angkasa(hiperbola).. haha.. kalo rase banyak mase, bleh r naek..

selain tu, aku jgak naik tramco.. tramco ni adalah nickname kepada van tambang.. haha.. harga tambang adalah mengikut jarak perjalanan.. macam minibus.. biasanya kalo aku nak g jalan2 umah kawan aku, tambang mende ni tak sampai samah pun.. mmg murah.. dahla murah.. laju plak tu.. haha..
sebelah kiri ni gambar tramco.. haha.. takleh idup.. tak pasal2 penumpang kena tolak.. hek2. aku penah skali naik tramco dari cairo ke mansoura.. dlm perjalanan tu, tramco yg aku naik tercabut tayar.. bleh tengok gambar dlm blog aku; http://alexstudents.blogspot.com ...

drebar dye bawaak laju mcm lipas kudung dua.. laju gler.. haha.. sbb aper? sbb kat mesir ni takder speed trap.. bleh r diowg bawak laju2.. pastu kat mesir ni kurang traffic light.. haha...
kalo kat kawasan tempat aku tinggal ni, traffic light dikawal oleh polis.. lawak tol.. hak2..






gambar sebelah kanan ni plak adalah tram yang tambangnya hanya 25 piastre.. hak2.. yang kaler kunin ni laju sket drpd yang kaler biru..




ape2pun, aku bersyukur sbb berpeluang menyambung pelajaran ke mesir.. banyak ilmu yang aku boleh pelajari selain ilmu medix.. hek2.. aku dah crita dah sket2 pasal egypt.. ex-pc laen yang kat india, uk, rusia, etc, bleh r update blog nih.. student kat malaysia pun boleh jgak.. tulih je ape korang nak tulih,, janji blog ni idup.. he2..

aku rase cukup lu utk kali ni aku mengarut.. len kali plak.. korang rajin2 la update blog ni.. kalo nak dye pnyer email n pasword, bleh mintak ngan peja bidin.. jgn update mende2 mgarut sudah.. k.. aku tido dulu.. esok kuliah start pagi.. salam'alayk..

diconteng oleh;
Yim,
ex-5Luqmanianz 07,
MRSMPC 0607.
http://alexstudents.blogspot.com